۩۞۩سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم۩۞۩

Saturday, 28 April 2012

APABILA ROH KELUAR DARI JASAD


Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu r...oh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau \ menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-



1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

4 ciri wanita idaman lelaki

Apakah ciri wanita idaman lelaki? Satu persoalan yang sering berlegar-legar di setiap fikiran seorang yang bergelar wanita. Sebenarnya ia agak sukar untuk dinyatakan kerana kriteria atau ciri-ciri yang sebenar terletak kepada individu itu sendiri. Apa yang dinyatakan di dalam artikel ini adalah suara majoriti kebanyakan lelaki. Ia bukanlah seratus peratus tepat dan masih bergantung terhadap pendirian masing-masing. Kebiasaannya, seorang lelaki tidak terlalu cerewet dalam memilih pasangan.

Tidak materialistik:
Walau sekaya manapun seseorang lelaki itu, tidak kira samaada mereka jutawan, hartawan dan sebagainya, suara majoriti menyatakan mereka tidak suka wanita yang materialistik. Seorang wanita yang meletakkan perhubungan atas dasar ini kebiasaannya tidak akan setia. Kesetian mereka terletak pada nilai wang ringgit. Semakin kaya lelaki itu semakin setialah wanita tersebut. Jika mereka telah jatuh muflis atau sebagainya, mungkin kesetiaan yang selama ini diberikan akan beralih arah.

Pandai memasak:
Pasti wanita merasakan ciri ini adalah fahaman kuno yang tidak sesuai dengan peredaran masa terkini. Mungkin mereka silap, majoriti lelaki menyatakan bahawa ciri wanita idaman mereka adalah yang pandai memasak. Hampir 90% lelaki bersetuju dengan ciri ini, mungkin wanita sahaja yang terlepas pandang. Sememangnya pendapat dahulu yang menyatakan kasih sayang seorang isteri terletak pada masakannya adalah sangat tepat dan ia pasti tidak akan berubah sama sekali sepanjang zaman.

Bersederhana:
Seorang lelaki memang gemar untuk melihat wanita yang suka berlebih-lebihan, tetapi untuk perhubungan yang lebih serius, mereka lebih cenderung untuk memilih wanita yang bersederhana. Ini menunjukkan bahawa wanita yang berlebih-lebihan membawa perspektif negatif terhadap diri mereka sendiri. Lelaki lebih suka mempergunakan wanita seperti ini untuk kepuasan diri sendiri berbanding menganggap mereka sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul. Pendapat ini bukanlah rekaan tetapi adalah suara majoriti daripada lelaki.

Setia:
Walaupun lelaki tersebut seorang yang playboy, tetapi ciri wanita idaman mereka pasti seorang yang setia. Ia agak pelik bukan? tetapi ia sememangnya realiti. Berkemungkinan disebabkan keegoan seorang lelaki itu yang tidak suka dirinya untuk rasa ditipu. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya 15% sahaja lelaki menerima kembali pasangan mereka yang telah menipu, dan sebahagian lain telah menolaknya. Ini menunjukkan betapa seriusnya keegoan seorang lelaki.

Thursday, 26 April 2012

Assallammualikum...

mat pg semua...hari nie Cik Purple kurang sihat sikit..jd tak ada mode dan idea rasanya nak tulis apa..tapi semalam cik purple gembira sangat2 sbb Cik Purple dapat anak buah baru..cpme sangat2 baby boy nie...


haa..ini lah anak buah Cik purple yang comel loteh...yang cik purple tgu2 kelahiranya semalam..(25042012)
tapi tangan nya agak pucat sebab baby nie dah terlalu lama kat perut ibunya..cian..tak per antie cayang baby..Hehehe....nama baby nie x pilih lagi...herm..nanti dah ada nama Cik purple bg tahu yer...Jumpa lagi semua...

Monday, 23 April 2012

Assallammualaikum dan selamat pagi semua....

Hari nie Cik Purple terasa rindu sangat kat seseorang....tapi Cik Purple harus tabahkan hati melalui semua ujian ini..mcm orang selalu padah "CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI" jadi Cik Purple harus kuatkan semangat..cukuplah sekadar melihat dia bahagia..kerana itu juga telah membahagiakan Cik Purple..:)

Hurmm tetiba pula air mata Cik Purple jatuh bila dengar lagu "HATIKU MILIKMU" nyanyian Nera..sbb lagu tok banyak berik kenangan Cik Purple dengan MR Hubby Chubby..Sob..sob..sob... terlalu banyak kenangan Cik Purple dengan nya...

"Ya Allah, kuat kan lah semangatku untuk menempuh kehidupan ini...sesungguhnya aku benar2 merinduinya..cintaku terhadapnya terlalu mendalam..."

Friday, 20 April 2012

KEBAIKAN AIR MATA


KEBAIKAN AIR MATA

1. Membantu penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam mengawal sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis mengurangi stres? Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dalam masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega

** Perkara sunat dilakukan pada hari Jumaat **


Perkara sunat dilakukan pada hari Jumaat

1. Mandi 
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca
serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal
soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya
ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah
s.a.w selaras dengan sabda baginda yang bermaksud, "Apabila datang
kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim).


2. Menghias diri,memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian. 
Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita
disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak
dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian. Sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling
baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk
menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat
seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar
sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan
menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara
Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-
Hakim)
Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat
sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pakailah pakaian
kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang
paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di
kalangan kamu dengannya."


3. Memotong kuku 
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud, "Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,
mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan
menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa
terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi
beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah
tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita
tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.


4. Membaca Surah al-Kahfi 
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat. Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi
pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-
dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah
al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di
antaranya dan Baitul `Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi)


5. Memperbanyak doa 
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai
musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan
dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat
mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk
menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.
Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari
Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara
hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang
bermaksud, "Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk
sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).


6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang
bermaksud, "Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat.
Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya
selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."

3 kesalahan sering wanita lakukan apabila lelaki menipu



Apabila menyebut mengenai penipuan, ia lebih sinonim dengan nama lelaki. Fakta ini sememangnya tidak dapat dinafikan kerana sememangnya peratus lelaki menipu adalah lebih tinggi daripada wanita. Tetapi, ingin diingatkan bahawa bukan semua lelaki jenis suka yang menipu dan bukan semua lelaki mempunyai sikap yang sama. Ia terpulang kepada individu itu sendiri.
          Terlalu melakukan siasatan:
Kesalahan pertama yang wanita lakukan apabila merasakan pasangan lelaki mereka menipu adalah terlalu obses untuk melakukan siasatan. Anda sepatutnya tidak perlu terlalu paranaoid untuk melakukannya kerana anda hanya kelihatan seperti orang gila. Adalah lebih baik anda bertenang kerana kebenaran pasti akan menjadi milik anda. 
Menyalahkan wanita lain: 
Apabila pasangan lelaki anda menipu, anda tidak perlu untuk menyalahkan wanita lain. Orang yang patut dipersalahkan adalah pasangan anda sendiri. Penipuan tidak akan berlaku sekiranya pasangan bersikap jujur terhadap anda.
Mudah menerima pujukan: 
Ini juga merupakan salah satu faktor mengapa anda ditipu berkali-kali. Penipuan adalah merupakan satu sikap atau tabiat yang sukar untuk dibuang. Sekiranya anda dengan begitu mudah untuk menerima pujukan, pasti pengorbanan yang anda lakukan langsung tidak akan dihargai. 
P/s: ppsssttt…. kepada lelaki yang suka sangat menipu tu, sudah-sudah la ok. Jangan jadikan penipuan satu tabiat kerana ia akan menjadi kebiasaan dalam kehidupan anda. Segala penipuan pasti akan terbongkar :)

Thursday, 19 April 2012

TUJUH LANGKAH MENANGANI TEKANAN KERJA



 
Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda 
  • Akui kekuatan dan kelemahn dalam diri anda.
  • Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda.
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda.
  • Merasa seronok bekerja. 

 
Rancang Kerja Anda
  • Kendali masa anda dengan bijak
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting.
  • Jangan bertangguh kerja.
  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah.
  • Mengagihkan kerja dengan bijak. 

 
Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
  • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya.
  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.
  • Ambil tindakan secara wajar.

 
Mempunyai Sikap Yang Betul
  • Terhadap Perubahan Dalam Kerja.
  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
  • Rancang perubahan secara teratur.


Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive).
  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas.
  • Hormati pandangan rakan sekerja anda. 

 
Tingkatkan Sokongan Sosial di Tempat Kerja
  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja.
  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah.
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar.
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.

 
Amalkan Cara Hidup Sihat 
  • Luangkan masa untuk beriadah.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Bersenam selalu.
  • Berurut atau mengunjungi spa.
  • Bercuti.
  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan.
  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah.
  • Amalkan nilai-nilai murni dah berpegang teguh pada ajaran agama.

Info Kesihatan : ** BAHAYA TIDUR DALAM KEADAAN LAMPU MENYALA **




Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua.....Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan...Wallahu'alam 

6 cara untuk mengatasi ego lelaki


Untuk mengawal atau mengatasi ego seorang lelaki adalah suatu perkara yang agak sukar. Tetapi ianya tidak mustahil kerana lelaki juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Berkemungkinan anda perlu menukar cara pendekatan atau penyampaian untuk mengatasi ego mereka. Ianya memerlukan sedikit kesabaran dan masa untuk anda berjaya mengatasinya. Terpulang kepada kreativiti anda sendiri untuk menggunakan pendekatan yang dirasakan sesuai.

Dengar apa yang mereka katakan:
Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya seratus peratus tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.

Buatkan mereka berasa bijak:
Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal sekalipun, jangan memberi kenyataan sehingga mereka menganggap anda memikirkan mereka tidak bijak! Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba untuk mempertahankan walaupun mereka sebenarnya sedar mereka salah.

Buatkan mereka merasakan sebagai SUPER HERO:
Tidak dapat dinafikan setiap lelaki di dunia amat mengharapkan untuk menjadi hero kepada seseorang wanita. Buatkan mereka merasakan mereka adalah penyelamat anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dan tahu bahawa pasangan anda mungkin tidak dapat membantu, jangan sesekali cuba untuk menyembunyikannya. Tanyakan pendapat mereka walaupun peratus mereka untuk membantu adalah amat sedikit.

Pujian:
Hanya dengan pujian yang sederhana sahaja mampu untuk mengurangkan keegoan seorang lelaki. Bukan wanita sahaja yang gemarkan pujian, tetapi lelaki juga sama. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka sedikit pujian. Ini akan membuatkan mereka merasakan anda betul-betul menghormati mereka. Apabila anda telah menunjukkan rasa hormat, tidak mutahil untuk mereka juga menghormati diri anda.

Pastikan anda berada dalam keadaan yang cantik:
Tahukah anda bahawa keegoan lelaki akan menurun sekiranya melihat sesuatu yang cantik? Untuk panduan wanita, sekiranya anda sedang dalam perselisihan faham dengan pasangan anda, pastikan pada waktu perbincangan itu anda berada didalam keadaan yang cantik. Ini kerana dari segi psikologi, sekiranya anda berada di dalam keadaan yang tidak terurus atau sebagainya, ia akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda. Berhiaslah secantik-cantiknya untuk tatapan suami anda.

Buatkan mereka merasakan merekan betul:
Sememangnya agak sukar untuk mengurangkan ego seseorang lelaki. Anda perlu bijak untuk membuatkan mereka merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah. Gunakan kreativiti anda tersendiri untuk melakukannya. Cuba elakkan daripada memberi bantahan secara terus kerana ia pasti secara terang menunjukkan mereka salah. Cuba berikan penjelasan secara kiasan supaya mereka tidak sedar anda membantah apa yang mereka nyatakan. Biarkan mereka sendiri yang memikirkannya.

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah)

Tips 7 "C" Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama.Buat sahabat2 hawaku yang tak lama lagi mendirikan rumahtangga apa kata jom baca sekejap jer..Semoga BERmanfaat untuk kita semua.....


C1. CABAR
Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata
"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"
Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR
Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.
Suami pula di opis dok nampak y aje ...
Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.
Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...
Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...
anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ..
Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.
Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri² 7C tu ..

Wednesday, 18 April 2012

11 cara memilih sahabat menurut Islam


Bukan semua orang boleh dijadikan sahabat kerana Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang patut dipilih menjadi kawan.”
Oleh itu, rakan yang dipilih mestilah mempunyai beberapa sifat dan perangai istimewa yang menyebabkan kita memilihnya untuk dijadikan rakan atau sahabat. Kesimpulannya, hendaklah sahabat itu seorang yang waras fikiran, baik budi pekerti, tidak fasik, dan tidak terlampau mementingkan hal keduniaan.
Imam Ghazali menyebut dalam kitabnya, Ihya Ulumiddin, sifat waras pemikiran itu menjadi modal atau pokok dalam kehidupan kerana tidak ada gunanya membuat sahabat pada orang bodoh atau kurang akalnya kerana demikian itu akan membawa kepada perasaan tidak tenteram dan perselisihan sekalipun persahabatan itu berjalan begitu lama. Ada pula yang berkata, bahawasanya memutuskan persahabatan dengan orang yang bodoh itu adalah satu pengorbanan (iaitu untuk mendekatkan diri) kepada Allah.
Mengenai budi pekerti mulia itu, setiap orang patut bersifat dengannya kerana tidak ada gunanya bersahabat dengan orang yang sering dikuasai perasaan marah, dipengaruhi nafsu syahwat, kedekut, pengecut atau menurutkan nafsu buruk.
Manakala orang fasik dan tetap pula dengan kefasikannya, tidak mahu bertaubat dan tidak mengendahkan nasihat supaya mengubah sikapnya, maka orang ini juga tidak ada gunanya dijadikan sahabat.
Firman Allah bermaksud: “Maka berpalinglah engkau dari orang yang tidak mempedulikan peringatan Kami dan ia hanya menginginkan kehidupan dunia semata-mata.” (Surah an-Najm, ayat 29)
Malah melihat kelakuannya saja akan mendorong jiwa kepada perkara maksiat serta memadamkan rasa benci kepada maksiat dalam hati. Mereka yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai persahabatannya dan tidak dapat ditolak kecurangannya, malah suka bertukar sikap atau pendirian.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah engkau menurut orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati-Ku, lalu ia mengikutkan hawa nafsunya.” (Surah al-Kahf, ayat 28)
Firman Allah lagi bermaksud: “Maka berpalinglah engkau dari orang yang tidak mempedulikan peringatan Kami dan ia hanya menginginkan kehidupan dunia semata-mata.” (Surah an-Najm, ayat 29)
Kesimpulannya dalam ayat itu, Allah melarang bersahabat dengan orang fasik. Alqamah berpesan kepada anaknya: “Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang bersifat demikian (iaitu antaranya): 
Pertama Jika engkau berbuat baik kepadanya, ia akan melindungimu. 
Kedua, jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu. 
Ketiga, jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu. 
Keempat, jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya. 
Kelima, jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya. 
Keenam, jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu. 
Ketujuh, jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik. 
Kelapan, jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu. 
Kesembilan, jika datang sesuatu bencana menimpamu, ia akan meringankan kesusahanmu (iaitu membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu). 
Kesepuluh, jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu. 
Kesebelas, jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu. Kedua belas, jika engkau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.”
Saidina Ali dalam satu syairnya (yang bermaksud): “Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu, ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu, orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu, sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu.”


Untuk kaum ku wanita..



Wanita Diibarat seperti sebiji epal
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh.
Epal yang berkualiti tinggi sangat sukar diperoleh,sangat sukar dipetik,sangat sukar digapai..
Kerana kedudukannya tinggi...istimewa...
terkadang ada epal bertanya,"kenapa aku belum dipetik lagi?"
Lantas dia menggugurkan dirinya menyembah tanah.
sedangkan ia sebenarnya dijadikan oleh Allah dengan begitu tinggi martabatnya.
sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.hanya pemuda yang benar-benar hebat yang mampu memetiknya.
jika bukan di dunia,di akhirat nanti.
Andai belum bertemu jodoh,biarlah cinta Ilahi mengisi kekosongan hatimu.
Andai tidak bertemu jodoh di dunia,biarlah cinta Ilahi mengiringi di setiap langkahmu,
duhai wanita sejati . . .


 
Wanita ibarat pokok semalu. 
Pohon semalu akan kuncup selepas disentuh.Ini diibaratkan wanita perlu punyai rasa malu ( pada tempatnya) 
Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu wanita perlu mempertahankan maruah dan diri sebagai wanita muslim. 
Semalu mempunyai akar tunjang yang kuat dan mencengkam bumi.Oleh itu para wanita hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Penciptanya. 
Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
  


Duhai wanita solehah, 
jadilah seperti pelangi.cantik,indah dipandang namun tiada siapa mampu menggapainya. 
kedudukannya tinggi di langit.orang ramai kagum dan gembira,tersenyum apabila ia muncul di langit terbentang luas ciptaan Allah yang Satu.



Jadikanlah dirimu sebagai wanita yang harum seperti mawar berduri. Bisa melukakan jari yang ingin menyentuhnya. Tetap mekar indah mengembang di dalam taman larangan.



Wanita ibarat rama-rama. Ia indah dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan yang tidak sewajar hinggap pada tubuhnya. Sekali sentuh, musnah coraknya, dua kali sentuh habis hilang corak cantiknya. Tiga kali sentuh koyak sayapnya lalu jatuh ke tanah. Peliharalah keindahan dirimu. Jangan sesekali membiarkan yang bukan hak sepatutnya memegangmu sebelum yang benar-benar berhak menyentuh dirimu.




SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH


Jika anda wanita sejati, anda patut berasa rugi kerana ketahuilah lelaki tidak akan kehilangan apa-apa biar seramai manapun perempuan yang berada di sekelilingnya, tetapi anda sebagai wanita pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.Sanggupkah anda membiarkan diri anda disentuh sehingga tiada mahalnya lagi diri anda dan digelar perempuan murahan? Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu yang ditagih atau diragut dengan kasar,kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua sayap anda telah tiada?
Wahai wanita, kasihanilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda terletak pada harga diri yang sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah erti digilai jika yang menggilai itu hanyalah lelaki yang tidak tahu diri. Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yang tahu nilainya melihat anda sebagai 'alat'. tapi anda ibarat mutiara di dasar lautan di mata seorang lelaki yang jujur.
Biar bersikap memilih (yang sewajarnya) daripada tersalah pilih. Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang terzahir daripadanya.(An-Nur : 31)
Terkadang kita tercari-cari di mana matahari buat kita, disusuli pula guruh, petir, kilat buat kita. Tetapi percayalah selepas hujan, Allah telah menyediakan pelangi buat kita… renungkanlah…












Sampaikan Rinduku Pada dia...


Wahai embun pagi,sampaikan rinduku padanya...
Sejukkan nafasnya,lepaskan seksanya,
abadikan senyumannya,basahkan serat hidupnya...


Wahai burung camar,sampaikan rinduku padanya...
Nyanyikan dunianya,ceriakan parasnya,
Jagalah langkahnya,damaikan setiap geraknya.


Wahai bunga dan de daunan,sampaikan rinduku padanya..
Indahkan kegiatannya,warnai lambaian tangannya,
Segarkan pikirannya,harumkan semua tutur katanya.


Wahai matahari,sampaikan rinduku padanya...
Terangi setiap letih nafasnya,hangatkan semua senyuman dan tawanya,
Pancarkan aura wajahnya,panaskan kembali setiap letihnya.


Wahai senja yang memerah,sampaikan rinduku padanya...
Tenangkan fikirannya,lembutkan amarahnya,
Dinginkan emosinya,teduhkan tatapannya.


Wahai bulan dan bintang,sampaikan rinduku padanya...
Jagalah tidurnya,dekap semua letihnya.
Lepaskan masalanya,selimuti malamnya..


Wahai Tuhan,Sampaikan Semua rinduku padanya...
Aku terlalu jauh untuk menggapainya,aku terlalu lemah untuk berlari.
Aku terlalu bodoh untuk berpura-pura,aku terlalu angkuh untuk mengakui...
Aku terlalu takut untuk bercerita,aku terlalu rendah untuk tidak berharap..

Tuhan sampaikan rinduku padanya...
Melalui setiap panjagaanMu ditiap harinya.
Di tiap pagi,siang dan malamnya.
Di tiap kuasaMu pada semua keputusan.
Di tiap campur tanganMu di semua suka serta dukanya.


Sampaikan rinduku padanya,
Amini doanya.Rengkuh semua mimpinya...


Aku hanya ingin melihat dirinya tersenyum untukku..
sekali lagi...




Khas buatmu insan yang ku sayang..My Mr Hubby Chubby




۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩

Assalammualaikum dan selamat pagi dunia...

Pagi tok Cik Purple asa rindu benar dengan seseorg....Rindu yang sik tauk cam ney gik mok di gambarkan..hanya Allah S.W.T saja jak yang tau cam ney Cik Purple rindu ngan mbiak ya.....Walaupun Cik Purple cuba buang perasaan ya jauh-jauh..tapi semakin Cik Purple mengelak..Semakin Cik Purple merindui dan Menyayanginya...Huurmmm..Mungkin tok lah dugaan..untuk Cik Purple...

Cik Purple harap..semua tpk dapat Cik Purple harungi..walaupun pahit jak asa,walaupun perit jak asa..cik purple tetap akan hadapinya dengan tenang...biarlah orang nampak Cik Purple ceria..asalkan sidaknya sik nampak kesedihan dan kelukaan di hatik cik Purple...

Walaupun hati Cik Purple di lukai..namun Cik Purple tetap memaafkannya..natah lah kenak lah Cik Purple mcm tok..Mungkin dah sifat Cik Purple memaafkan orang walaupun dipolah kedak tok..adehh...hurmm..k lah Cik Purple nak sambung keja kelak Cik Purple Sambung Story2 lagi k..tata ........

Tuesday, 17 April 2012

The Sweet Purple: Ubat Dukacita

The Sweet Purple: Ubat Dukacita

Ubat Dukacita





Ubat Dukacita
Dukacita, ialah penyakit yang timbul lantaran terlampau kuatnya keterikatan dengan dunia ini. Keterikatan itu pasti ada selama kita hidup iaitu keterikatan dengan anak, isteri dan sebagainya. Kerana kehilangan orang yang dikasihi atau orang yang disukai. Sebab dari timbulnya dukacita itu, kerana terlalu besar mementingkan keperluan jasmani, dan syahwat tidak terbatas sehingga timbul kepercayaan bahawa barang yang dicintai itu tidak boleh berpisah-pisah selama-lamanya dari badan. Padahal kalau manusia telah tenteram hatinya, sihat badannya, dan cukup pula yang akan di makan pagi dan petang, itulah orang yang sekaya-kayanya dan sesenang-senangnya.

Kalau sudah begitu masih merasa dukacita juga, tandanya orang itu kurang akal dan kurang budi. Timbul penyakit dukacita ialah lantaran menyedari keberuntungan yang telah berlalu, atau takut menghadapi bahaya yang akan datang, atau kerana memikirkan bahawa yang ada sekarang ini masih belum cukup dan serba kurang.



1. Dukacita Memikirkan Yang Telah Lalu


Kalau manusia berdukacita memikirkan keberuntungan, kekayaan dan kemuliaan yang telah hilang, kedukaan itu tidak berfaedah sama sekali, sebab segala kejadian yang telah lalu walaupun bagaimana meratapinya, tidaklah akan kembali. Sedangkan masa dua minit yang lalu, walaupun dikejar dengan mesin terbang, yang sekencang-kencangnya atau yang melebihi kecepatan suara, tidaklah dapat dikejar. Apa guna meratapi yang telah lalu, dia tak akan pulang, dan lantaran diratapi, dia boleh merosakkan badan.Kedukaan yang begini timbulnya lantaran tidak berkeyakinan bahawa segala isi alam ini asalnya tidak ada, kemudian itu ada dan akhirnya akan lenyap. Kemuliaan, ketinggian, kemajuan kecintaan yang disayangi anak dan isteri, harta benda, semuanya akan datang kepada kita dan akan pergi dari kita. Kalau tidak kita yang pergi lebih dahulu, tentu mereka. Sebab kepergian itu berdahulu, berkemudian juga.Mengubat dukacita ini tidak lain hanyalah dengan menjaga yang tinggal sekarang. Kerana semuanya ini, baik yang telah pergi dan hilang atau yang sedang ada, apalagi yang akan datang, semuanya itu nikmat. Jangan sampai lantaran meratapi nikmat yang hilang, kita lupa akan nikmat yang ada. Nanti yang ada itu, setelah hilang diratapi pula.Dalam pepatah ada tersebut: "Kalau ada jangan harap, kalau hilang janganlah cemas.”Di waktu nikmat membanjir, hendaklah syukuri, letakkan ditempatnya. Insaf bahawa barang ini hanyalah pinjaman. Jika nikmat yang sangat dicintai itu masa muda, gunakanlah masa muda itu dengan baik, dan yakini masa muda itu tak lama. Kalau dipergunakan dengan baik, kelak kalau sampai tua, kita tidak menyesali kepergiannya lagi, melainkan tersenyum dan bangga bahawasanya semasa muda dahulunya, kita telah berbuat baik.Kalau nikmat yang membanjir itu harta benda, kekayaan dan kemuliaan, peliharalah dan gunakan dengan baik. Jangan dilupakan bahawa dia akan pergi. Jangan hanya diingat semasa 'saya kaya dahulunya'. Ingat pula yang sebelum itu, iaitu 'Semasa saya lahir dahulunya'.Seketika Maharaja Iskandar Zulkarnain akan menghembuskan nafasnya yang penghabisan, setelah menaklukkan negeri-negeri Persia dan India, setelah dirasakannya bahawa telah sampai waktunya kembali ke akhirat, maka Maharaja yang muda belia itu mengumpulkan orang-orang besarnya dan berkata: "Bilamana aku mangkat, letakkan mayatku dalam peti, bawa ke negeri Persia dan Mesir dan ke segenap jajahan yang telah aku taklukkan. Dari dalam peti hendaklah hulurkan kedua belah tanganku yang kosong, supaya orang tahu bahawa Raja Iskandar yang berkuasa, walau bagaimana kuasa sekalipun, dia kembali ke akhirat dengan tangan kosong juga. Jika ibu dan ahli rumahku hendak meratapi mayatku, janganlah dilarang mereka meratap, cuma suruh saja cari dua orang yang akan jadi temannya, iaitu orang yang tidak akan mati selama-lamanya, dan orang yang tidak pernah kematian. Kalau yang berdua itu telah ada, bolehlah mereka meratapi aku."


2. Dukacita Memikirkan Yang Sekarang


Kalau orang berdukacita memikirkan yang sekarang barangkali orang ini berdukacita kerana orang lain dapat nikmat, dia tidak. Atau kerana melarat hidupnya, dan cita-citanya yang sentiasa tak berhasil. Barangkali dia kekurangan harta, kurang mulia. Barangkali juga dia tidak duduk sama rendah, tegak sama tinggi dengan orang lain.Sebabnya orang ini berdukacita, ialah lantaran dia tak tahu rahsia kehidupan dan dunia. Dia tidak tahu dunia ini kandang tipuan. Ini hari disenyumkannya kita, esok ditangiskannya. Kalau hendak mengubati penyakit ini, janganlah diingat tatkala Napoleon jadi kaisar saja, tetapi hendaklah diingat pula semasa dia mati di tanah pembuangan di Pulau St. Helena. Kalau difikirkan sampai ke sana, timbullah syukur dalam hati, mujurlah saya dalam keadaan yang begini. Secinta-cinta orang kepada perempuan cantik, kalau difikirkannya akhir akibat perempuan itu, akan kuranglah cintanya. Sebab rahsia dunia ini ganjil sekali. Tiap-tiap kemuliaan mengandung racun, dan tiap-tiap kesengsaraan mengandung faedah. Manusia hidup di dunia diancam dengan tiga anak panah. Panah kejatuhan, panah penyakit, dan panah kematian.Lihatlah garis perjalanan dunia, peredaran politik tiap hari, lihat dan baca. Jangan dilihat dan dibaca saja, perhatikan pula akibatnya. Cuba lihat negeri Austria di masa yang lalu menjadi pusat Kerajaan Austria Hungaria. Kemudian jadi satu bahagian kecil dari Jermania Raya. Kemudian jadi kota kecil yang miskin. Kekayaannya hanya semata-mata sejarah. Lihat pula negeri Jerman, menjadi kerajaan yang kalah, kemudian naik daun, kemudian kalah dan bangkit menjadi bangsa yang kuat. Demikian keadaan negeri, demikian pula raja-raja. Itulah hidup.

Kalau diperhatikan segala kejadian ini dengan saksama, tidaklah orang akan berhiba hati memikirkan kekurangan diri dan nasib, tidak pula akan tercengang melihat kenaikan dan kejatuhan orang lain, tidak harap lantaran dapat untung, dia tidak cemas lantaran beroleh rugi.Janganlah menyangka, bahawa 'hidup' itu hanya bernafas, hanya makan dan minum. Carikan segala ikhtiar untuk memperbanyak pengalaman dan ilmu dari edaran alam. Berjalanlah ke pasar-pasar, ke muka-muka pejabat bank. Lihatlah bagaimana seorang kasir payah-payah menghitung-hitung wang berjuta-juta tiap hari, sedang gajinya hanya 600 rupiah (60 sen) sebulan. Jangan pula lupa melihat anak kecil dan perempuan-perempuan tua yang duduk di muka bank itu. Duduk berlindung di cucuran atapnya, kerana tidak mempunyai rumah. Batasnya dengan tempat penyimpan wang berjuta-juta itu hanya sebatas dinding, tetapi bukan dia yang punya. Cuba periksa apakah tuan yang menguasai bank itu bersukacita dan gembira lantaran wang banyak? Pernahkah tuan itu susah? Pernah! Dia menyusahkan wangnya yang banyak, dan perempuan dan anak kecil dan nenek tua yang duduk di muka bank itu menyusahkan wang pembeli nasi tak ada. Cuma yang disusahkan yang berlainan, darjat susah sama.Semasa agama Islam mulai dibangkitkan, Rasulullah SAW melarang sahabat-sahabatnya ziarah ke kuburan, takut kepercayaan dan iktikad mereka akan rosak kembali, kerana mereka masih dekat dengan zaman jahiliah. Tetapi setelah tiba di Makkah, larangan itu baginda cabut buat kaum lelaki, mereka dibolehkan ziarah ke kubur. Lantaran ziarah ke kubur menimbulkan ingatan kepada kematian. Tidak berapa lama kemudian, perempuan-perempuan diberi pula keizinan, untuk menjadi iktibar.Ahli-ahli tasauf banyak ziarah ke dekat-dekat penjara, ke rumah sakit, ke tempat-tempat orang miskin yang melarat, bahkan mereka singkirkan (elakkan) mendekati istana-istana.Apakah guna semua itu? Ialah untuk menimbulkan keinsafan bahawa kita tak boleh berdukacita atas kesusahan, dan tak boleh bergembira benar atas kemuliaan, kerana dunia ini penuh rahsia.Dalam urusan kehidupan hendaklah mengadap kepada orang yang lebih atas jangan terbalik, supaya tidak hilang pedoman. Itulah maka kerapkali bila ditanya seorang yang salah: Apa sebab engkau berbuat kesalahan ini? Dia menjawab: Sedangkan tuan Anu berbuat demikian.Jika ditanyai, mengapa engkau menghabiskan umur begini dalam hidupmu? Dia menjawab: Aku sangat ingin bermegah-megah semacam si Anu.



3. Dukacita Memikirkan Yang Akan Datang

Jika orang berdukacita memikirkan masa yang akan datang, tentu yang dia fikirkan satu dari dua macam kejadian, iaitu yang pasti datang dan yang barangkali datang.Yang pasti datang adalah mati dan tua, mustahil menolaknya. Hal itu tak usah diulang lagi. Duka mengingat akan tua dan mati, adalah duka kerana jahil.Kalau hal itu masih boleh ditolak, lebih baik jangan dihabiskan hari dalam berdukacita, tetapi lekas-lekaslah sediakan segala usaha penolak yang ditakuti itu. Kalau hanya berdukacita saja, tentu dia datang juga, tandanya kita tidak percaya adanya kudrat dan iradat Allah. Di sinilah perlunya persediaan 'tawakkal' serahkan keputusan itu kepada Allah SWT.Itulah maksud firman Tuhan: "Tiadalah menimpa suatu musibah di dalam bumi ini, atau di dalam dirimu sendiri, melainkan semuanya itu telah tertulis di dalam Kitab, sebelum ia terjadi dahulunya. Semuanya itu bagi Allah mudah saja. Supaya janganlah kamu sekalian berdukacita mengingat barang yang telah hilang dan jangan pula bersukacita atas barang yang datang kepadamu, dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (QS Al-Hadid: 22~23)Orang sangat takut bahaya yang akan datang, kerana hatinya lekat kepada dunia dan sombong lantaran nikmat dunia. Dia tidak ingat kepada pepatah: "Bukanlah malam itu sentiasa berbuat kebaikan kepada manusia. Tetapi kebaikan itu kelak akan diikutinya dengan kesusahan."Wallahua'lam.(Sumber: TASAUF MODEN oleh Prof. Dr. Hamka)

Monday, 16 April 2012

Hukum Inai Lukis

“HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN”



INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar ra katanya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan 
meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu 
dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk 
(menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)


Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”



Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.
wallahu’alam.
* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .

Sumber: http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com


10 Sifat Calon Suami Yang Baik





Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
10 sifat calon suami yang baik:
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Thursday, 5 April 2012

Assallammualaikum....

buat semua..terima kasih kerana sudi menjenguk di blog nie...kat cni kita kongsi segala cerita suka,duka,ceria dan sewaktu dengan nyer...hikhikhikk..:p