۩۞۩سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم۩۞۩

Monday, 16 April 2012

Hukum Inai Lukis

“HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN”



INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar ra katanya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan 
meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu 
dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk 
(menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)


Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”



Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.
wallahu’alam.
* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .

Sumber: http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com


10 Sifat Calon Suami Yang Baik





Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
10 sifat calon suami yang baik:
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.