۩۞۩سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم۩۞۩

Wednesday, 18 April 2012

11 cara memilih sahabat menurut Islam


Bukan semua orang boleh dijadikan sahabat kerana Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang patut dipilih menjadi kawan.”
Oleh itu, rakan yang dipilih mestilah mempunyai beberapa sifat dan perangai istimewa yang menyebabkan kita memilihnya untuk dijadikan rakan atau sahabat. Kesimpulannya, hendaklah sahabat itu seorang yang waras fikiran, baik budi pekerti, tidak fasik, dan tidak terlampau mementingkan hal keduniaan.
Imam Ghazali menyebut dalam kitabnya, Ihya Ulumiddin, sifat waras pemikiran itu menjadi modal atau pokok dalam kehidupan kerana tidak ada gunanya membuat sahabat pada orang bodoh atau kurang akalnya kerana demikian itu akan membawa kepada perasaan tidak tenteram dan perselisihan sekalipun persahabatan itu berjalan begitu lama. Ada pula yang berkata, bahawasanya memutuskan persahabatan dengan orang yang bodoh itu adalah satu pengorbanan (iaitu untuk mendekatkan diri) kepada Allah.
Mengenai budi pekerti mulia itu, setiap orang patut bersifat dengannya kerana tidak ada gunanya bersahabat dengan orang yang sering dikuasai perasaan marah, dipengaruhi nafsu syahwat, kedekut, pengecut atau menurutkan nafsu buruk.
Manakala orang fasik dan tetap pula dengan kefasikannya, tidak mahu bertaubat dan tidak mengendahkan nasihat supaya mengubah sikapnya, maka orang ini juga tidak ada gunanya dijadikan sahabat.
Firman Allah bermaksud: “Maka berpalinglah engkau dari orang yang tidak mempedulikan peringatan Kami dan ia hanya menginginkan kehidupan dunia semata-mata.” (Surah an-Najm, ayat 29)
Malah melihat kelakuannya saja akan mendorong jiwa kepada perkara maksiat serta memadamkan rasa benci kepada maksiat dalam hati. Mereka yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai persahabatannya dan tidak dapat ditolak kecurangannya, malah suka bertukar sikap atau pendirian.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah engkau menurut orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati-Ku, lalu ia mengikutkan hawa nafsunya.” (Surah al-Kahf, ayat 28)
Firman Allah lagi bermaksud: “Maka berpalinglah engkau dari orang yang tidak mempedulikan peringatan Kami dan ia hanya menginginkan kehidupan dunia semata-mata.” (Surah an-Najm, ayat 29)
Kesimpulannya dalam ayat itu, Allah melarang bersahabat dengan orang fasik. Alqamah berpesan kepada anaknya: “Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang bersifat demikian (iaitu antaranya): 
Pertama Jika engkau berbuat baik kepadanya, ia akan melindungimu. 
Kedua, jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu. 
Ketiga, jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu. 
Keempat, jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya. 
Kelima, jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya. 
Keenam, jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu. 
Ketujuh, jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik. 
Kelapan, jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu. 
Kesembilan, jika datang sesuatu bencana menimpamu, ia akan meringankan kesusahanmu (iaitu membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu). 
Kesepuluh, jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu. 
Kesebelas, jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu. Kedua belas, jika engkau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.”
Saidina Ali dalam satu syairnya (yang bermaksud): “Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu, ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu, orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu, sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu.”


Untuk kaum ku wanita..



Wanita Diibarat seperti sebiji epal
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh.
Epal yang berkualiti tinggi sangat sukar diperoleh,sangat sukar dipetik,sangat sukar digapai..
Kerana kedudukannya tinggi...istimewa...
terkadang ada epal bertanya,"kenapa aku belum dipetik lagi?"
Lantas dia menggugurkan dirinya menyembah tanah.
sedangkan ia sebenarnya dijadikan oleh Allah dengan begitu tinggi martabatnya.
sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.hanya pemuda yang benar-benar hebat yang mampu memetiknya.
jika bukan di dunia,di akhirat nanti.
Andai belum bertemu jodoh,biarlah cinta Ilahi mengisi kekosongan hatimu.
Andai tidak bertemu jodoh di dunia,biarlah cinta Ilahi mengiringi di setiap langkahmu,
duhai wanita sejati . . .


 
Wanita ibarat pokok semalu. 
Pohon semalu akan kuncup selepas disentuh.Ini diibaratkan wanita perlu punyai rasa malu ( pada tempatnya) 
Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu wanita perlu mempertahankan maruah dan diri sebagai wanita muslim. 
Semalu mempunyai akar tunjang yang kuat dan mencengkam bumi.Oleh itu para wanita hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Penciptanya. 
Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
  


Duhai wanita solehah, 
jadilah seperti pelangi.cantik,indah dipandang namun tiada siapa mampu menggapainya. 
kedudukannya tinggi di langit.orang ramai kagum dan gembira,tersenyum apabila ia muncul di langit terbentang luas ciptaan Allah yang Satu.



Jadikanlah dirimu sebagai wanita yang harum seperti mawar berduri. Bisa melukakan jari yang ingin menyentuhnya. Tetap mekar indah mengembang di dalam taman larangan.



Wanita ibarat rama-rama. Ia indah dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan yang tidak sewajar hinggap pada tubuhnya. Sekali sentuh, musnah coraknya, dua kali sentuh habis hilang corak cantiknya. Tiga kali sentuh koyak sayapnya lalu jatuh ke tanah. Peliharalah keindahan dirimu. Jangan sesekali membiarkan yang bukan hak sepatutnya memegangmu sebelum yang benar-benar berhak menyentuh dirimu.




SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH


Jika anda wanita sejati, anda patut berasa rugi kerana ketahuilah lelaki tidak akan kehilangan apa-apa biar seramai manapun perempuan yang berada di sekelilingnya, tetapi anda sebagai wanita pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.Sanggupkah anda membiarkan diri anda disentuh sehingga tiada mahalnya lagi diri anda dan digelar perempuan murahan? Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu yang ditagih atau diragut dengan kasar,kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua sayap anda telah tiada?
Wahai wanita, kasihanilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda terletak pada harga diri yang sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah erti digilai jika yang menggilai itu hanyalah lelaki yang tidak tahu diri. Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yang tahu nilainya melihat anda sebagai 'alat'. tapi anda ibarat mutiara di dasar lautan di mata seorang lelaki yang jujur.
Biar bersikap memilih (yang sewajarnya) daripada tersalah pilih. Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang terzahir daripadanya.(An-Nur : 31)
Terkadang kita tercari-cari di mana matahari buat kita, disusuli pula guruh, petir, kilat buat kita. Tetapi percayalah selepas hujan, Allah telah menyediakan pelangi buat kita… renungkanlah…












Sampaikan Rinduku Pada dia...


Wahai embun pagi,sampaikan rinduku padanya...
Sejukkan nafasnya,lepaskan seksanya,
abadikan senyumannya,basahkan serat hidupnya...


Wahai burung camar,sampaikan rinduku padanya...
Nyanyikan dunianya,ceriakan parasnya,
Jagalah langkahnya,damaikan setiap geraknya.


Wahai bunga dan de daunan,sampaikan rinduku padanya..
Indahkan kegiatannya,warnai lambaian tangannya,
Segarkan pikirannya,harumkan semua tutur katanya.


Wahai matahari,sampaikan rinduku padanya...
Terangi setiap letih nafasnya,hangatkan semua senyuman dan tawanya,
Pancarkan aura wajahnya,panaskan kembali setiap letihnya.


Wahai senja yang memerah,sampaikan rinduku padanya...
Tenangkan fikirannya,lembutkan amarahnya,
Dinginkan emosinya,teduhkan tatapannya.


Wahai bulan dan bintang,sampaikan rinduku padanya...
Jagalah tidurnya,dekap semua letihnya.
Lepaskan masalanya,selimuti malamnya..


Wahai Tuhan,Sampaikan Semua rinduku padanya...
Aku terlalu jauh untuk menggapainya,aku terlalu lemah untuk berlari.
Aku terlalu bodoh untuk berpura-pura,aku terlalu angkuh untuk mengakui...
Aku terlalu takut untuk bercerita,aku terlalu rendah untuk tidak berharap..

Tuhan sampaikan rinduku padanya...
Melalui setiap panjagaanMu ditiap harinya.
Di tiap pagi,siang dan malamnya.
Di tiap kuasaMu pada semua keputusan.
Di tiap campur tanganMu di semua suka serta dukanya.


Sampaikan rinduku padanya,
Amini doanya.Rengkuh semua mimpinya...


Aku hanya ingin melihat dirinya tersenyum untukku..
sekali lagi...




Khas buatmu insan yang ku sayang..My Mr Hubby Chubby




۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩

Assalammualaikum dan selamat pagi dunia...

Pagi tok Cik Purple asa rindu benar dengan seseorg....Rindu yang sik tauk cam ney gik mok di gambarkan..hanya Allah S.W.T saja jak yang tau cam ney Cik Purple rindu ngan mbiak ya.....Walaupun Cik Purple cuba buang perasaan ya jauh-jauh..tapi semakin Cik Purple mengelak..Semakin Cik Purple merindui dan Menyayanginya...Huurmmm..Mungkin tok lah dugaan..untuk Cik Purple...

Cik Purple harap..semua tpk dapat Cik Purple harungi..walaupun pahit jak asa,walaupun perit jak asa..cik purple tetap akan hadapinya dengan tenang...biarlah orang nampak Cik Purple ceria..asalkan sidaknya sik nampak kesedihan dan kelukaan di hatik cik Purple...

Walaupun hati Cik Purple di lukai..namun Cik Purple tetap memaafkannya..natah lah kenak lah Cik Purple mcm tok..Mungkin dah sifat Cik Purple memaafkan orang walaupun dipolah kedak tok..adehh...hurmm..k lah Cik Purple nak sambung keja kelak Cik Purple Sambung Story2 lagi k..tata ........

Tuesday, 17 April 2012

The Sweet Purple: Ubat Dukacita

The Sweet Purple: Ubat Dukacita

Ubat Dukacita





Ubat Dukacita
Dukacita, ialah penyakit yang timbul lantaran terlampau kuatnya keterikatan dengan dunia ini. Keterikatan itu pasti ada selama kita hidup iaitu keterikatan dengan anak, isteri dan sebagainya. Kerana kehilangan orang yang dikasihi atau orang yang disukai. Sebab dari timbulnya dukacita itu, kerana terlalu besar mementingkan keperluan jasmani, dan syahwat tidak terbatas sehingga timbul kepercayaan bahawa barang yang dicintai itu tidak boleh berpisah-pisah selama-lamanya dari badan. Padahal kalau manusia telah tenteram hatinya, sihat badannya, dan cukup pula yang akan di makan pagi dan petang, itulah orang yang sekaya-kayanya dan sesenang-senangnya.

Kalau sudah begitu masih merasa dukacita juga, tandanya orang itu kurang akal dan kurang budi. Timbul penyakit dukacita ialah lantaran menyedari keberuntungan yang telah berlalu, atau takut menghadapi bahaya yang akan datang, atau kerana memikirkan bahawa yang ada sekarang ini masih belum cukup dan serba kurang.



1. Dukacita Memikirkan Yang Telah Lalu


Kalau manusia berdukacita memikirkan keberuntungan, kekayaan dan kemuliaan yang telah hilang, kedukaan itu tidak berfaedah sama sekali, sebab segala kejadian yang telah lalu walaupun bagaimana meratapinya, tidaklah akan kembali. Sedangkan masa dua minit yang lalu, walaupun dikejar dengan mesin terbang, yang sekencang-kencangnya atau yang melebihi kecepatan suara, tidaklah dapat dikejar. Apa guna meratapi yang telah lalu, dia tak akan pulang, dan lantaran diratapi, dia boleh merosakkan badan.Kedukaan yang begini timbulnya lantaran tidak berkeyakinan bahawa segala isi alam ini asalnya tidak ada, kemudian itu ada dan akhirnya akan lenyap. Kemuliaan, ketinggian, kemajuan kecintaan yang disayangi anak dan isteri, harta benda, semuanya akan datang kepada kita dan akan pergi dari kita. Kalau tidak kita yang pergi lebih dahulu, tentu mereka. Sebab kepergian itu berdahulu, berkemudian juga.Mengubat dukacita ini tidak lain hanyalah dengan menjaga yang tinggal sekarang. Kerana semuanya ini, baik yang telah pergi dan hilang atau yang sedang ada, apalagi yang akan datang, semuanya itu nikmat. Jangan sampai lantaran meratapi nikmat yang hilang, kita lupa akan nikmat yang ada. Nanti yang ada itu, setelah hilang diratapi pula.Dalam pepatah ada tersebut: "Kalau ada jangan harap, kalau hilang janganlah cemas.”Di waktu nikmat membanjir, hendaklah syukuri, letakkan ditempatnya. Insaf bahawa barang ini hanyalah pinjaman. Jika nikmat yang sangat dicintai itu masa muda, gunakanlah masa muda itu dengan baik, dan yakini masa muda itu tak lama. Kalau dipergunakan dengan baik, kelak kalau sampai tua, kita tidak menyesali kepergiannya lagi, melainkan tersenyum dan bangga bahawasanya semasa muda dahulunya, kita telah berbuat baik.Kalau nikmat yang membanjir itu harta benda, kekayaan dan kemuliaan, peliharalah dan gunakan dengan baik. Jangan dilupakan bahawa dia akan pergi. Jangan hanya diingat semasa 'saya kaya dahulunya'. Ingat pula yang sebelum itu, iaitu 'Semasa saya lahir dahulunya'.Seketika Maharaja Iskandar Zulkarnain akan menghembuskan nafasnya yang penghabisan, setelah menaklukkan negeri-negeri Persia dan India, setelah dirasakannya bahawa telah sampai waktunya kembali ke akhirat, maka Maharaja yang muda belia itu mengumpulkan orang-orang besarnya dan berkata: "Bilamana aku mangkat, letakkan mayatku dalam peti, bawa ke negeri Persia dan Mesir dan ke segenap jajahan yang telah aku taklukkan. Dari dalam peti hendaklah hulurkan kedua belah tanganku yang kosong, supaya orang tahu bahawa Raja Iskandar yang berkuasa, walau bagaimana kuasa sekalipun, dia kembali ke akhirat dengan tangan kosong juga. Jika ibu dan ahli rumahku hendak meratapi mayatku, janganlah dilarang mereka meratap, cuma suruh saja cari dua orang yang akan jadi temannya, iaitu orang yang tidak akan mati selama-lamanya, dan orang yang tidak pernah kematian. Kalau yang berdua itu telah ada, bolehlah mereka meratapi aku."


2. Dukacita Memikirkan Yang Sekarang


Kalau orang berdukacita memikirkan yang sekarang barangkali orang ini berdukacita kerana orang lain dapat nikmat, dia tidak. Atau kerana melarat hidupnya, dan cita-citanya yang sentiasa tak berhasil. Barangkali dia kekurangan harta, kurang mulia. Barangkali juga dia tidak duduk sama rendah, tegak sama tinggi dengan orang lain.Sebabnya orang ini berdukacita, ialah lantaran dia tak tahu rahsia kehidupan dan dunia. Dia tidak tahu dunia ini kandang tipuan. Ini hari disenyumkannya kita, esok ditangiskannya. Kalau hendak mengubati penyakit ini, janganlah diingat tatkala Napoleon jadi kaisar saja, tetapi hendaklah diingat pula semasa dia mati di tanah pembuangan di Pulau St. Helena. Kalau difikirkan sampai ke sana, timbullah syukur dalam hati, mujurlah saya dalam keadaan yang begini. Secinta-cinta orang kepada perempuan cantik, kalau difikirkannya akhir akibat perempuan itu, akan kuranglah cintanya. Sebab rahsia dunia ini ganjil sekali. Tiap-tiap kemuliaan mengandung racun, dan tiap-tiap kesengsaraan mengandung faedah. Manusia hidup di dunia diancam dengan tiga anak panah. Panah kejatuhan, panah penyakit, dan panah kematian.Lihatlah garis perjalanan dunia, peredaran politik tiap hari, lihat dan baca. Jangan dilihat dan dibaca saja, perhatikan pula akibatnya. Cuba lihat negeri Austria di masa yang lalu menjadi pusat Kerajaan Austria Hungaria. Kemudian jadi satu bahagian kecil dari Jermania Raya. Kemudian jadi kota kecil yang miskin. Kekayaannya hanya semata-mata sejarah. Lihat pula negeri Jerman, menjadi kerajaan yang kalah, kemudian naik daun, kemudian kalah dan bangkit menjadi bangsa yang kuat. Demikian keadaan negeri, demikian pula raja-raja. Itulah hidup.

Kalau diperhatikan segala kejadian ini dengan saksama, tidaklah orang akan berhiba hati memikirkan kekurangan diri dan nasib, tidak pula akan tercengang melihat kenaikan dan kejatuhan orang lain, tidak harap lantaran dapat untung, dia tidak cemas lantaran beroleh rugi.Janganlah menyangka, bahawa 'hidup' itu hanya bernafas, hanya makan dan minum. Carikan segala ikhtiar untuk memperbanyak pengalaman dan ilmu dari edaran alam. Berjalanlah ke pasar-pasar, ke muka-muka pejabat bank. Lihatlah bagaimana seorang kasir payah-payah menghitung-hitung wang berjuta-juta tiap hari, sedang gajinya hanya 600 rupiah (60 sen) sebulan. Jangan pula lupa melihat anak kecil dan perempuan-perempuan tua yang duduk di muka bank itu. Duduk berlindung di cucuran atapnya, kerana tidak mempunyai rumah. Batasnya dengan tempat penyimpan wang berjuta-juta itu hanya sebatas dinding, tetapi bukan dia yang punya. Cuba periksa apakah tuan yang menguasai bank itu bersukacita dan gembira lantaran wang banyak? Pernahkah tuan itu susah? Pernah! Dia menyusahkan wangnya yang banyak, dan perempuan dan anak kecil dan nenek tua yang duduk di muka bank itu menyusahkan wang pembeli nasi tak ada. Cuma yang disusahkan yang berlainan, darjat susah sama.Semasa agama Islam mulai dibangkitkan, Rasulullah SAW melarang sahabat-sahabatnya ziarah ke kuburan, takut kepercayaan dan iktikad mereka akan rosak kembali, kerana mereka masih dekat dengan zaman jahiliah. Tetapi setelah tiba di Makkah, larangan itu baginda cabut buat kaum lelaki, mereka dibolehkan ziarah ke kubur. Lantaran ziarah ke kubur menimbulkan ingatan kepada kematian. Tidak berapa lama kemudian, perempuan-perempuan diberi pula keizinan, untuk menjadi iktibar.Ahli-ahli tasauf banyak ziarah ke dekat-dekat penjara, ke rumah sakit, ke tempat-tempat orang miskin yang melarat, bahkan mereka singkirkan (elakkan) mendekati istana-istana.Apakah guna semua itu? Ialah untuk menimbulkan keinsafan bahawa kita tak boleh berdukacita atas kesusahan, dan tak boleh bergembira benar atas kemuliaan, kerana dunia ini penuh rahsia.Dalam urusan kehidupan hendaklah mengadap kepada orang yang lebih atas jangan terbalik, supaya tidak hilang pedoman. Itulah maka kerapkali bila ditanya seorang yang salah: Apa sebab engkau berbuat kesalahan ini? Dia menjawab: Sedangkan tuan Anu berbuat demikian.Jika ditanyai, mengapa engkau menghabiskan umur begini dalam hidupmu? Dia menjawab: Aku sangat ingin bermegah-megah semacam si Anu.



3. Dukacita Memikirkan Yang Akan Datang

Jika orang berdukacita memikirkan masa yang akan datang, tentu yang dia fikirkan satu dari dua macam kejadian, iaitu yang pasti datang dan yang barangkali datang.Yang pasti datang adalah mati dan tua, mustahil menolaknya. Hal itu tak usah diulang lagi. Duka mengingat akan tua dan mati, adalah duka kerana jahil.Kalau hal itu masih boleh ditolak, lebih baik jangan dihabiskan hari dalam berdukacita, tetapi lekas-lekaslah sediakan segala usaha penolak yang ditakuti itu. Kalau hanya berdukacita saja, tentu dia datang juga, tandanya kita tidak percaya adanya kudrat dan iradat Allah. Di sinilah perlunya persediaan 'tawakkal' serahkan keputusan itu kepada Allah SWT.Itulah maksud firman Tuhan: "Tiadalah menimpa suatu musibah di dalam bumi ini, atau di dalam dirimu sendiri, melainkan semuanya itu telah tertulis di dalam Kitab, sebelum ia terjadi dahulunya. Semuanya itu bagi Allah mudah saja. Supaya janganlah kamu sekalian berdukacita mengingat barang yang telah hilang dan jangan pula bersukacita atas barang yang datang kepadamu, dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (QS Al-Hadid: 22~23)Orang sangat takut bahaya yang akan datang, kerana hatinya lekat kepada dunia dan sombong lantaran nikmat dunia. Dia tidak ingat kepada pepatah: "Bukanlah malam itu sentiasa berbuat kebaikan kepada manusia. Tetapi kebaikan itu kelak akan diikutinya dengan kesusahan."Wallahua'lam.(Sumber: TASAUF MODEN oleh Prof. Dr. Hamka)

Monday, 16 April 2012

Hukum Inai Lukis

“HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN”



INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar ra katanya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan 
meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu 
dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk 
(menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)


Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”



Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.
wallahu’alam.
* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .

Sumber: http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com


10 Sifat Calon Suami Yang Baik





Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
10 sifat calon suami yang baik:
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Thursday, 5 April 2012

Assallammualaikum....

buat semua..terima kasih kerana sudi menjenguk di blog nie...kat cni kita kongsi segala cerita suka,duka,ceria dan sewaktu dengan nyer...hikhikhikk..:p