1. Kehilangan data pada registry
Semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.
2. Akan mengurang jangka hayat komponen komputer
Semasa komputer dishutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terdapat,ianya jugak mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.
3. Processor akan mudah rosak
Semasa shutdown bios akan memainkan peranan penting bagi mematikan fan cooller pada processor, jika ianya dimatikan secara mengejut maka tersentak processor.
Memory mudah rosak dimana semasa shutdown sistem memory atau cache akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memory.
4. Hard disk rosak
Jika sistem operasi tidak ditutup secara shutdown dan betul mengikut langkah, makan berkemungkinan cakera yang terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.
p/s : Gunakanlah PC/Laptop anda dengan cermat
The Sweet Purple
Tuesday, 8 May 2012
ILMU : Math Is So Beautiful (Malay)
math is so beautifull.. XD
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Sekarang tengok ini
101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.
Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%
SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%
Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.
Tapi
LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
atau
SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% ♥
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Sekarang tengok ini
101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.
Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%
SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%
Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.
Tapi
LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
atau
SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% ♥
TAZKIRAH:Kenapa Ramai Lebih Fokus Aurat Wanita Berbanding Aurat Lelaki
Apabila ditegur bab aurat, ramai wanita yang melahirkan rasa tidak puas hati. Kenapa semua orang asyik menegur aurat kaum mereka sahaja? Kenapa tidak menegur aurat lelaki? Mereka merasakan itu tidak adil kerana seolah-olah mereka sahaja yang wajib menutup aurat. Sedangkan lelaki ada juga yang tidak menutup aurat.
Antara Sebab Kenapa Ramai Lebih Fokus Aurat Wanita Berbanding Aurat Lelaki
1. Islam lebih menekankan aurat perempuan.
Dalil khusus mengenai perempuan lebih banyak ditekankan dalam Al-Quran dan hadis Nabi berbanding aurat lelaki. Adakah anda ingin menuduh Al-Quran berat sebelah pula? Pendapat empat mazhab mengenai aurat wanita juga hampir sama iaitu aurat ketika solat. Berbeza dengan aurat lelaki, empat mazhab berbeza pendapat. Mazhab Syafie dan Hanafi lebih teliti dengan meletakkan dari atas pusat sehingga bawah lutut. Manakala Mazhab Hanbali dan Maliki menetapkan aurat lelaki hanyalah menutup kemaluan sahaja. Dan ada pelbagai lagi khilaf ulama mengenai aurat lelaki.“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
2. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Aurat lelaki cuma dari paras pusat hingga ke bawah lutut. Manakala bagi wanita, auratnya adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, peratusan wanita yang mendedahkan aurat adalah lebih tinggi. Sedangkan wanita yang bertudung pun belum tentu menutup auratnya dengan sempurna. Tidak memakai stokin pun sudah dikira tidak menutup aurat. Itu belum menyentuh bab tabarruj. Ini menunjukkan Islam benar-benar ingin menjaga kesucian wanita dan mengangkat martabat mereka.3. Aurat wanita penyebab ramai lelaki ke neraka.
Daya tarikan wanita sangat hebat kerana mampu menarik golongan ayah, suami, abang, saudara lelaki dan anak-anak lelakinya sebagai teman ke neraka. Kaum lelaki terpaksa menanggung dosa wanita yang tidak menutup aurat kerana kegagalan membimbingnya. Jika lelaki tidak menutup aurat, wanita tidak perlu menanggung dosa lelaki. Aurat wanita amat dititik beratkan kerana mudah timbul fitnah dan mengundang maksiat. Dengan hanya melihat rambut pun sudah cukup untuk menaikkan syahwat lelaki. Mendedahkan diri ke arah lembah penzinaan. Risiko untuk lelaki memuaskan nafsu dengan tangan sendiri juga tinggi.4. Jarang dapat lihat lelaki buka aurat. Aurat wanita ada di mana-mana.
Pernah lihat lelaki ke pejabat pakai seluar pendek? Pernah tengok lelaki melepak di mall tak pakai baju? Mungkin ada yang pakai seluar londeh nampak boxer mahupun seluar pendek tayang lutut hitam. Tapi peratusannya kecil. Sedangkan wanita ada yang pakai skirt ke pejabat. Yang free hair tak payah cakap la kan. Satu-satunya peluang untuk kita melihat aurat lelaki dengan kadar kekerapan yang tinggi ialah ketika aktiviti sukan dan riadah. Perempuan? Di mana-mana pun ada. Hatta di tanah suci sekalipun masih ada yang degil tidak menutup aurat. Hanya dengan menonton televisyen dan log in facebook pun boleh mengundang zina mata. Takkan kami nak pejam mata sentiasa? Sekarang ini dah terbalik. Jika lelaki buka baju di khalayak ramai, akan disaman. Perempuan berpakaian macam telanjang pula adalah normal.5. Wanita lebih menghairahkan berbanding lelaki.
Wanita nampak lebih menghairahkan jika menayang auratnya. Tambahan pula jika mereka memiliki aset yang gebu dan montok. Lelaki pula dipandang selekeh walaupun hanya berselipar dan berseluar pendek menayang bulu kaki yang lebat. Bernafsukah perempuan tengok? Muntah ada la.. (Err.. Sory lelaki!) Kebiasaannya, jika perempuan ternampak lelaki bogel, mereka akan tutup mata. Tetapi, jika lelaki ternampak perempuan bogel, terbeliak biji mata. Ada kes perempuan rogol lelaki? Jika ada, pasti mengundang reaksi luar biasa. Berbanding kes lelaki rogol perempuan yang boleh dikatakan perkara biasa dan muak untuk didengar kerana terlalu kerap terpampang di dada-dada akhbar.Jadi, mungkin inilah antara sebab orang ramai lebih memberi fokus kepada aurat perempuan berbanding aurat lelaki. Kerana aurat perempuan lebih berat dan menjadi beban kepada orang lain. Kami semua sangat menyayangi anda. Tetapi, kenapa kamu tidak mahu menyayangi kami? Kenapa kamu tiada belas ihsan membiarkan ayah, saudara lelaki dan anak lelaki menanggung dosa-dosa kamu semua? Jika wanita sayangkan lelaki, tutuplah aurat. Kami tidak sanggup menemani anda di neraka.
Monday, 7 May 2012
INFO KESIHATAN :Mandi Malam Dan Paru-paru Berair, Satu Mitos??
Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik? Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?
Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres. Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.
“Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini,” kata beliau.
Menurut Dr. Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin. “Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu. Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?
Kata Dr. Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.
“Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.
“Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi”. Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.
“Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan,” katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit.
“Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun antibakteria,” katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.
“Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam,” kata beliau.
Ekzema
Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami iritasi dan kegatalan. Tiada ubat bagi masalah ini tetapi penjagaan kulit yang baik membantu mengawalnya.“Bila kulit anda kering, ia bukannya kurang minyak tetapi kurang mengandungi air. Untuk itu, penjagaan kulit harian yang baik serta fokus pada mandi dan penggunaan pelembab diperlukan,” terang Dr. Tan.
Katanya, rawatan bagi kulit yang kering adalah dengan membuatkan kulit mengandungi air dan cara yang terbaik dengan berendam ketika mandi dan menggunakan losyen pelembab selepas itu.
“Tujuan mandi dan memakai pelembab adalah untuk memulihkan kulit kering.
Bagi tujuan ini, kita perlu kurangkan kehilangan air daripada kulit.
“Pakar dermatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang ada masalah ini supaya mandi dan menggunakan pelembab pada waktu malam. Kulit anda tidak mungkin kering semasa anda tidur, jadi air lebih senang meresap ke dalam kulit,” terangnya.
Jadual kerja ketat
Ada juga ramai yang tidak punya masa untuk mandi secukupnya kerana jadual kerja yang agak ketat. Ada juga yang bermasalah bila berjauhan dari rumah dan tidak sesuai dengan tempat di mana mereka berada.Pengamal perubatan, Hassan Saidin menerangkan jadual kerja yang ketat menyebabkan ramai ahli perniagaan serta peniaga enggan mandi secukupnya.
Ramai peniaga perlu keluar berniaga pada awal-awal pagi lagi dan hanya pulang ke rumah pada lewat malam. Ini menyebabkan mereka malas mandi kerana menyimpan tenaga untuk aktiviti perniagaan pada esoknya.
“Gagal mandi adalah tidak baik bagi kesihatan dan ini boleh mengundang pelbagai penyakit yang mengganggu kehidupan kita. Ia juga boleh mengganggu keyakinan dan produktiviti kita,” kata beliau.
Tetapi kenapa orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?
“Nasihat sebegitu mungkin tidak berapa boleh dipakai lagi pada masa kini. Mungkin pada dekad-dekad yang lampau masyarakat masih belum maju dan kebanyakan rumah tidak punya saluran bekalan air paip.
“Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.
“Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur,” kata beliau.
Pemulihan badan
Menurut Hassan, mandi adalah kaedah baik bagi merehatkan otot badan.“Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
“Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit,” katanya.
Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan tidak sihat?
Kata Hassan: “Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat”. Menurut Hassan, mandi menggunakan air hangat akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu. “Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur),” tambah beliau.
Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan. Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.
Ramai antara masyarakat kita percaya bahawa jika seseorang itu kerap mandi malam, dikhuatiri akan dijangkiti paru-paru berair. Sebenarnya, itu tidak benar sama sekali! Mandi malam bukan penyebab utama masalah paru-paru berair.Proses kondensasi yang disebutkan saudara tidak berlaku sama sekali di dalam badan manusia kerana terdapat system imuniti badan yang mampu mengatasi masalah ini.
Bagaimana sistem imuniti badan bertindak?
Apabila bendasing (seperti bakteria,kuman dan lain-lain) masuk ke dalam badan, sistem imuniti tubuh akan segera bertindak mengawal bendasing ini daripada terus merebak ke seluruh badan dengan melaluiproses inflamasi di mana salur darah di sekitar alveoli peparu akan mengembang,menyebabkan cecair dalam salur darah akan keluar dan masuk ke dalam alveoli peparu . Proses ini berlaku secara berterusan jika tidak dirawat dengan segera . Akibatnya, peparu dipenuhi dengan cecair yang disebut sebagai exudate dan bukannya dipenuhi dengan air seperti dibayangkan oleh kebanyakan orang! Keadaan ini disebut sebagai ‘jangkitan kuman pada peparu’ atau lebih tepat didefinasikan sebagai pneumonia . Dan apabila cecair exudate keluar dan memenuhi ruang pleura,ianya disebut sebagai ‘pleural effusion’ ataupun paru-paru berair.
Kesimpulan
Setakat ini ,tiada lagi kajian yang mampu membuktikan bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan pneumonia dan pelbagai jenis penyakit yang lain. Sebaliknya, mandi malam boleh merawat insomnia dan melegakan tekanan . Tidak hairanlah di Jepun misalnya, mereka mengamalkan mandi pada waktu malam sebelum tidur sebagai langkah mengelakkan stress setelah seharian berpenat lelah menjalankan aktviti di tempat kerja dan sebagainya.AKU MENANGIS KERANA MU....

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang
Sebenarnya, Tiap kali saya membaca kisah ini, tiap kali itulah saya menitiskan air mata, meskipun sudah membacanya entah yang ke berapa kali. Ya, cerita ini yang disalin dari sebuah buku adalah suatu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Sayydina Umar Al-Khattab. Sungguh saya tak tertahan, rasa pecah hati, terharu sangat apabila membaca cerita ini.
Dua kali aku menitiskan air mataku, adalah kerana di dalam kisah ini, ada dua tempat yang saya baca, pasti mengalirkan air mata. Justeru kawan, kalau sudah baca kisah ini, dan benar-benar menitiskan air mata, beritahulah saya. Beritahu juga bahagian yang mana membuatkan anda menangis. Yang pastinya, saya yakin ada dua tempat yang mampu membuatkan anda menitiskan air mata. Bacalah kawan, dengan hatimu yang putih, paling bersih. Moga-moga beroleh rasa, Insya-Allah.
--------------------------------------------------------------------------------
Seorang pemuda bernama Hassan, keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur. Setelah sedar dari tidurnya, didapati untanya tidak ada. Hassan lalu terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya tetapi telah mati. Alangkah hairan dan marahnya Hassan.
“Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang ada di sisi bangkai unta itu. “Tetapi bukan sengaja,” sambung orang tua itu lagi. “Ketika unta ini memakan tanaman pakcik, pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Lepas itu, ia berpusing-pusing dan jatuh lalu mati.” Orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenarnya.
Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur dengan tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang tua itu dan terpenggallah leher dari badan. Hassan seakan-akan baru bermimpi tersedar dari kejadian itu dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya. Dua orang anak lelaki orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Dan Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Amirul Mukminin sendiri yang menjadi hakimnya. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, perbicaraan pun dijalankan. Sayyidina Umar selaku hakim setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:
“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu dalam beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibubapa saya, anak isteri saya dan saudara-mara tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.”
Sayyidina Umar kerana tegas dan adilnya menjawab, “Tidak!. Tiada jaminan bahawa engkau datang lagi untuk menjalani hukuman ini.”
Hassan merayu lagi, “Kasihanilah saya tuan hakim. Semua orang yang mengasihi saya sedang menunggu keputusan saya. Mereka tentu tertanya-tanya kalau saya tidak pulang memberitahu tentang perkara ini.” Sekali lagi, Sayyidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya, “Tidak!!,” katanya.
Kali ketiga Hassan merayu, tiba-tiba salah seorang Sahabat bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”
Dengan jaminan yang diberikan oleh Sahabat itu, Abu Zar, Sayyidina Umar pun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Dan Hassan pun dibenarkan pulang setelah menentukan tarikh yang akan datang. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biar saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.” Menangislah ibubapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut pada Allah daripada anak isteri. Dia lebih cintakan Akhirat daripada dunia.
Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu, dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya. Tetapi sudah lewat.
Di padang tempat hukuman hendak dijalankan, kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan. Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hasaan yang datang, mereka bertempik: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”
Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang. Sebaik sahaja turun dari kudanya, Hassan menghadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dihukum bunuh, izinkan saya bersolat dua rakaat.”
Sayyidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku dunia dan di Akhirat.” Selesai menyapu muka, Hassan pun menghadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat yang genting itu, tiba-tiba kedua beradik anak si mati menghadap tuan hakim dan berkata:
“Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami, Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.” Mendengar itu sekali lagi, padang itu bergema dengan laungan: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”
Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan Akhirat. Insya-Allah.
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri,” sabda Rasulullah SAW.
--------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah! Betapa saya tidak menitiskan airmata, berkali-kali. Cerita yang sebegini indah, yang merakamkan keagungan iman dan kasih sayang adalah satu keajaiban dalam sejarah manusia sepanjang zaman.
Anda/kita semua bagaimana?
Selain kisah ini, ada satu lagi kisah yang terjadi terhadap junjungan kecintaan kita, Rasulullah SAW saat-saat kewafatannya yang menyebabkan berkali-kali saya menitiskan air mata. Ya Rasulullah, aku merinduimu, mencintaimu. Ah, bukan dua kali aku mencintaimu ya Rasulullah, bahkan aku mencintaimu yang tiada kali-kalinya. “Ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim, ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim,” hati saya bernyanyi penuh rindu.
dan kini air mata ku menitis lagi....
Saturday, 5 May 2012
"LOG IN"
Assallammualaikum semua....
mesti korang semua tertanya2 kenapa tajuk kali nie pelik sangat kan...LOG IN?? sebenarnya di sebalik perkataan LOG IN nie ada seribu satu cerita suka duka buat seorang hamba Allah swt....siapa? dimana? org tue biar lah rahsia....
"Log in..selamat pagi alai..alai di mana sudah tue?? udah sarapan kah?? Rindu ehh dengan c alai ani.." ini lah kata2 seawal pagi yang di terima oleh si dayang...dan dengan sms seringkas itu pun telah membuat kehidupan si dayang ceria seharian...Apa tak nya si jantung hati pujaan jiwa yang hantar..setiap msg nya di tunggu setiap panggilannya di nantikan..itulah dugaan dan cabarannya yang harus si dayang tempuhi setiap hari...
Pasti korang tertanya2 kan kenapa msg si awang untuk si dayang nie mesti ada LOG IN???Errrmmm..kisah cinta antara si dayang dan si awang nie sangatlah complicated... (perlukah di jelaskan???)..setiap hari isnin sehingga sabtu begitulah rutin c awang dan c dayang ani...sbb c awang dan c dayang ani cinta jarak jauh lah katakn....masih tertanya-tanya lagi ker?? kenapa perlunya ada Log In nie??sebenarnya..c awang ani sudah berumah tangga dan mempunya putera dan puteri..yang semuanya comel2 belaka... :)
Pada awalnya c dayang ani tidak tahu yang c awang ani sudah berkahwin...kerana dari cara c awang bercakap,dari cerita2 c awang dengan c dayang ani jelas menampakan yang macam c awang atu bujang a.k.a single mingle...maka..dari itulah c dayang ani mula jatuh cinta dengan c awang...c dayang dan c awang ani tidak lah dapat berjumpa selalu...kerana seorang di utara seorang lagi di selatan..jadi susah lah nak berjumpa...jd c awang dengan c dayang ani selalunya berhubung hanya menggunakan sms dan laman muka buku....setiap hari mereka akan bertemu dalam laman muka buku..(mcm lagu Najwa jak nie...)
setelah sekian lama berhubung melalui laman muka buku..tiba2 c dayang ani lama x muncul di ruangan lama muka buku..maka c awang ani pun mencari..."dang..lama ndak jumpa..kenpa?? ada apa2 masalah kah??" maka si dyang pun menjawab.."ishk ndak ada lah..kan dah boleh sms..jd sms saja lah..lagi pun labtop rosak ani.." dengan baik hati nya c awang pun menawarkan nak bagi sebuah smart book untuk c dayang pakai...
Hari pertama dapat smart book tue c dayang belum pakai lagi sbb masa tue wifi x berfungsi lagi..keesokan nya slepas kerja baru lah c dayang gunakan smart book tue...(wifi ada sudah konon..:) ) dengan hati yang riang maka si dayang pun on kan lah Smart book tue..mcm biasa lah kan..kalau dah buka smart book kah,labtop kah,nootbook kah,pc kah..mesti "FACEBOOK" dulu yang di cari..begitu juga lah c dayang ani
..
Macam nak jatuh jantung c dayang bila buka2 saja facebook nampak gambar c awang dengan seseorang...( sebab c awang lupa mau sign out facebook masa mau bagi itu smart book dengan c dayang) dengan tak sengaja c dayang pun menerokailah facebook c awang..maka ternampak lah c dayang relationship c awang di facebook "awang Married with.......".dengan tak sengaja gugur lah air mata c dayang..hancurnya hati c dayang..kenapa c awang sanggup tipu dia sedangkan c dayang x pernah pun menyakiti c awang...
Keesokan harinya..c dayang x sabar sudah mau cakap dengan c awang..tentang penemuannya di facebook c awang....c dayang berfikir..bagus kah dia bertanya saat itu ataupun tunggu c awang datang kerna 2 hari lagi c awang akan datang bertemu c dayang...tapi hati c dayang terlalu sakit rasanya...di kuatkan semangatnya untuk bertanya c awang.." awang sapa ..... tue??" maka c awang pun terkejut..kenpa c dayang boleh tanya tentang c .... tue. cdayang pun cakap lagi..."awang minta maaf lah kalau saya bertanya..tapi semua yang saya tanya nie saya tak sengaja untuk nampak...semalam masa saya buka smart book yang awang bagi..saya buka lah facebook..dengan tak sengaja saya terbuka facebook org..dan orang yang dalam facebook tue saya kenal sekali...sbb itu wajah kamu awang..apa penjelasan kamu??"
C awang terdiam bila c dayang bertanya...lama baru c awang menjawab.."dayang..sebenarnya c ..... tue is3 saya..sbnarnya saya dah berkahwin..." mendapat jawapan dari c awang membuat c dayang kecewa..tetapi c dayang tidak boleh tipu diri,hati dan perasaannya kerana di telah jatuh cinta dengan c awang dan teramat-amat sayangkan c awang...c dayang ani jenis yang sukar untuk jatuh cinta selepas dikecewakan oleh kekasih lamanya..5 tahun c dayang merawat luka hatinya yang dahulu..baru sembuh dan kini hatinya terbuka untuk c awang...jadi sukar untuk dia melepas kan c awang....
walaupun tahu c awang sudah berkahwin c dayang snggup untuk menjdi isteri ke2 nya...kerana kasih,cinta dan rindunya untuk c awang teramat2 mendalam..bermula dari saat itu c awang dan c dayang ambil keputusan untuk bersama..menentang arus...mereka berdua bercinta secara rahsia...mereka berdua merancang banyak perkara..soal kehidupan,masa depan mereka bersama...bahagia..bersama...c awang berjanji tidak akn tinggalkan c dayang walau apa pun yang terjadi..walau apa pun rintangan yang melanda asalkan c dayang setia di sisinya....C dayang boleh terima is3 dan anak2 c awang..malah c dayang mula menyayangi is3 dan anak2 c awang...
Tapi..orang cakap cinta itu tidak selalunya membahagiakan..percintaan c awang dan c dayang di duga mcm ombak rindu..(ahakz!!!) Tidak ada 1 manusia pun yang sempurna...satu hari is3 c awang dapat tahu ttg hubungan c awang dan c dayang...maka c awang pun mengamuk marah c dayang....c dayang tahu sbb isteri c awang tahu berpunca darinya...jadi c dayang tak salahkan c awang..cuma c dayang kecewa dengan sikap c awang..dengan lancar saja c awang maki c dayang..dengan lancar saja c awang putuskan hubungannya dengan c dayang..tanpa memikirkan pengorbanan c dayang..tanpa memikirkan hati dan perasaan c dayang...c dayang dah minta maaf tapi c awang tidak pun layan c dayang..c dayang call x berjawab,c dayang sms pun sama juga..kecewanya c dayang...kerana kesalahan itu c dayang di hukum sebegini..sedangkan banyak yang lebih melukakan c dayang yang telah c awang buat..tapi c dayang diam sahaja dan masih mampu terima c awang seadanya....

setiap malam c dayang menanggis menanggung rindu dengan c awang...walaupun c awang dah buat dia mcm tue teruk pun c dayang tetap sayangkan c awang..cintanya x pernah pun berubah...c dayang sanggup jadi kawan saja dengan c awang asalkan c awang tidak tinggalkan dia..tapi c awang tetap berdiam diri...dimana lagi harus c dayang mengadu.?? c dayang hanya mampu berdoa agar Allah bukakan hati c awang utuk bersamanya kembali...
Sebenarnya banyak yang c dayang tahu tentang c awang..tentang kisah dia dengan jirannya dulu Nancy..tentang orang yang dikatakan nya kerani pejabatnya yang selalu di sebut2nya sbg Nah..tentang gadis yang berkerja di kedai telefon..dan tentang rumah kawannya di satu tempat tue adalah amoi c awang..semuanya c dayang tahu..tapi c dayang simpan dalam hati..c dayang anggap e2 dugaan buatnya..c dayang anggap yang c awang pasti berubah....walau pun mengetahu semua e2..c dayang tetap setia dengan cintanya untuk c awang...c dayang akan terus menanti c awang..sehingga pintu hatinya terbuka untuk nya...walaupun hakikat menyimpan apa yang diketahuinya itu amat2 melukakan hati nya..tapi kerana sayang dan cintanya yang ikhlas untuk c awang c dayang hanya simpan dan senyum sahja...
andai c awang tahu..ketahuilah awang..c dayang ikhlas untuk menjadi is3 kedua mu..cinta,rindu,kasih sayang nya pada mu tetap utuh..tak goyah walau pun sedikit...tak pernah pudar pun walau ditelan waktu..c dayang amat2 merindui mu wahai c awang..c dayang ternanti2kan perkataan "LOG IN selamat pagi alai""...
begitulah lah ala kisahnya tentang cerita "LOG IN " ini....kalau korang ada nak komen silakan...Cik Purple harap C awang atu..memahami lah isi hati c dayang..ingatilah jasa dan pengorbanan c dayang atu..jangan di sia2 kan..cukup banyak dia memaafkan kamu..cukup banyak dia mengetahui tentang kamu tapi di tetap mencintai kamu..tanya lah perempuan mana yang sanggup jadi mcm c dayang.....
Sehingga berjumpa lagi semua..selamat Pagi...
02:34am
05/05/2012
~CIK PuRpLe~
mesti korang semua tertanya2 kenapa tajuk kali nie pelik sangat kan...LOG IN?? sebenarnya di sebalik perkataan LOG IN nie ada seribu satu cerita suka duka buat seorang hamba Allah swt....siapa? dimana? org tue biar lah rahsia...."Log in..selamat pagi alai..alai di mana sudah tue?? udah sarapan kah?? Rindu ehh dengan c alai ani.." ini lah kata2 seawal pagi yang di terima oleh si dayang...dan dengan sms seringkas itu pun telah membuat kehidupan si dayang ceria seharian...Apa tak nya si jantung hati pujaan jiwa yang hantar..setiap msg nya di tunggu setiap panggilannya di nantikan..itulah dugaan dan cabarannya yang harus si dayang tempuhi setiap hari...
Pasti korang tertanya2 kan kenapa msg si awang untuk si dayang nie mesti ada LOG IN???Errrmmm..kisah cinta antara si dayang dan si awang nie sangatlah complicated... (perlukah di jelaskan???)..setiap hari isnin sehingga sabtu begitulah rutin c awang dan c dayang ani...sbb c awang dan c dayang ani cinta jarak jauh lah katakn....masih tertanya-tanya lagi ker?? kenapa perlunya ada Log In nie??sebenarnya..c awang ani sudah berumah tangga dan mempunya putera dan puteri..yang semuanya comel2 belaka... :)
Pada awalnya c dayang ani tidak tahu yang c awang ani sudah berkahwin...kerana dari cara c awang bercakap,dari cerita2 c awang dengan c dayang ani jelas menampakan yang macam c awang atu bujang a.k.a single mingle...maka..dari itulah c dayang ani mula jatuh cinta dengan c awang...c dayang dan c awang ani tidak lah dapat berjumpa selalu...kerana seorang di utara seorang lagi di selatan..jadi susah lah nak berjumpa...jd c awang dengan c dayang ani selalunya berhubung hanya menggunakan sms dan laman muka buku....setiap hari mereka akan bertemu dalam laman muka buku..(mcm lagu Najwa jak nie...)
setelah sekian lama berhubung melalui laman muka buku..tiba2 c dayang ani lama x muncul di ruangan lama muka buku..maka c awang ani pun mencari..."dang..lama ndak jumpa..kenpa?? ada apa2 masalah kah??" maka si dyang pun menjawab.."ishk ndak ada lah..kan dah boleh sms..jd sms saja lah..lagi pun labtop rosak ani.." dengan baik hati nya c awang pun menawarkan nak bagi sebuah smart book untuk c dayang pakai...
Hari pertama dapat smart book tue c dayang belum pakai lagi sbb masa tue wifi x berfungsi lagi..keesokan nya slepas kerja baru lah c dayang gunakan smart book tue...(wifi ada sudah konon..:) ) dengan hati yang riang maka si dayang pun on kan lah Smart book tue..mcm biasa lah kan..kalau dah buka smart book kah,labtop kah,nootbook kah,pc kah..mesti "FACEBOOK" dulu yang di cari..begitu juga lah c dayang ani
..
Macam nak jatuh jantung c dayang bila buka2 saja facebook nampak gambar c awang dengan seseorang...( sebab c awang lupa mau sign out facebook masa mau bagi itu smart book dengan c dayang) dengan tak sengaja c dayang pun menerokailah facebook c awang..maka ternampak lah c dayang relationship c awang di facebook "awang Married with.......".dengan tak sengaja gugur lah air mata c dayang..hancurnya hati c dayang..kenapa c awang sanggup tipu dia sedangkan c dayang x pernah pun menyakiti c awang...
Keesokan harinya..c dayang x sabar sudah mau cakap dengan c awang..tentang penemuannya di facebook c awang....c dayang berfikir..bagus kah dia bertanya saat itu ataupun tunggu c awang datang kerna 2 hari lagi c awang akan datang bertemu c dayang...tapi hati c dayang terlalu sakit rasanya...di kuatkan semangatnya untuk bertanya c awang.." awang sapa ..... tue??" maka c awang pun terkejut..kenpa c dayang boleh tanya tentang c .... tue. cdayang pun cakap lagi..."awang minta maaf lah kalau saya bertanya..tapi semua yang saya tanya nie saya tak sengaja untuk nampak...semalam masa saya buka smart book yang awang bagi..saya buka lah facebook..dengan tak sengaja saya terbuka facebook org..dan orang yang dalam facebook tue saya kenal sekali...sbb itu wajah kamu awang..apa penjelasan kamu??"
C awang terdiam bila c dayang bertanya...lama baru c awang menjawab.."dayang..sebenarnya c ..... tue is3 saya..sbnarnya saya dah berkahwin..." mendapat jawapan dari c awang membuat c dayang kecewa..tetapi c dayang tidak boleh tipu diri,hati dan perasaannya kerana di telah jatuh cinta dengan c awang dan teramat-amat sayangkan c awang...c dayang ani jenis yang sukar untuk jatuh cinta selepas dikecewakan oleh kekasih lamanya..5 tahun c dayang merawat luka hatinya yang dahulu..baru sembuh dan kini hatinya terbuka untuk c awang...jadi sukar untuk dia melepas kan c awang....walaupun tahu c awang sudah berkahwin c dayang snggup untuk menjdi isteri ke2 nya...kerana kasih,cinta dan rindunya untuk c awang teramat2 mendalam..bermula dari saat itu c awang dan c dayang ambil keputusan untuk bersama..menentang arus...mereka berdua bercinta secara rahsia...mereka berdua merancang banyak perkara..soal kehidupan,masa depan mereka bersama...bahagia..bersama...c awang berjanji tidak akn tinggalkan c dayang walau apa pun yang terjadi..walau apa pun rintangan yang melanda asalkan c dayang setia di sisinya....C dayang boleh terima is3 dan anak2 c awang..malah c dayang mula menyayangi is3 dan anak2 c awang...
Tapi..orang cakap cinta itu tidak selalunya membahagiakan..percintaan c awang dan c dayang di duga mcm ombak rindu..(ahakz!!!) Tidak ada 1 manusia pun yang sempurna...satu hari is3 c awang dapat tahu ttg hubungan c awang dan c dayang...maka c awang pun mengamuk marah c dayang....c dayang tahu sbb isteri c awang tahu berpunca darinya...jadi c dayang tak salahkan c awang..cuma c dayang kecewa dengan sikap c awang..dengan lancar saja c awang maki c dayang..dengan lancar saja c awang putuskan hubungannya dengan c dayang..tanpa memikirkan pengorbanan c dayang..tanpa memikirkan hati dan perasaan c dayang...c dayang dah minta maaf tapi c awang tidak pun layan c dayang..c dayang call x berjawab,c dayang sms pun sama juga..kecewanya c dayang...kerana kesalahan itu c dayang di hukum sebegini..sedangkan banyak yang lebih melukakan c dayang yang telah c awang buat..tapi c dayang diam sahaja dan masih mampu terima c awang seadanya....

setiap malam c dayang menanggis menanggung rindu dengan c awang...walaupun c awang dah buat dia mcm tue teruk pun c dayang tetap sayangkan c awang..cintanya x pernah pun berubah...c dayang sanggup jadi kawan saja dengan c awang asalkan c awang tidak tinggalkan dia..tapi c awang tetap berdiam diri...dimana lagi harus c dayang mengadu.?? c dayang hanya mampu berdoa agar Allah bukakan hati c awang utuk bersamanya kembali...
Sebenarnya banyak yang c dayang tahu tentang c awang..tentang kisah dia dengan jirannya dulu Nancy..tentang orang yang dikatakan nya kerani pejabatnya yang selalu di sebut2nya sbg Nah..tentang gadis yang berkerja di kedai telefon..dan tentang rumah kawannya di satu tempat tue adalah amoi c awang..semuanya c dayang tahu..tapi c dayang simpan dalam hati..c dayang anggap e2 dugaan buatnya..c dayang anggap yang c awang pasti berubah....walau pun mengetahu semua e2..c dayang tetap setia dengan cintanya untuk c awang...c dayang akan terus menanti c awang..sehingga pintu hatinya terbuka untuk nya...walaupun hakikat menyimpan apa yang diketahuinya itu amat2 melukakan hati nya..tapi kerana sayang dan cintanya yang ikhlas untuk c awang c dayang hanya simpan dan senyum sahja...
andai c awang tahu..ketahuilah awang..c dayang ikhlas untuk menjadi is3 kedua mu..cinta,rindu,kasih sayang nya pada mu tetap utuh..tak goyah walau pun sedikit...tak pernah pudar pun walau ditelan waktu..c dayang amat2 merindui mu wahai c awang..c dayang ternanti2kan perkataan "LOG IN selamat pagi alai""...
begitulah lah ala kisahnya tentang cerita "LOG IN " ini....kalau korang ada nak komen silakan...Cik Purple harap C awang atu..memahami lah isi hati c dayang..ingatilah jasa dan pengorbanan c dayang atu..jangan di sia2 kan..cukup banyak dia memaafkan kamu..cukup banyak dia mengetahui tentang kamu tapi di tetap mencintai kamu..tanya lah perempuan mana yang sanggup jadi mcm c dayang.....
Sehingga berjumpa lagi semua..selamat Pagi...
02:34am
05/05/2012
~CIK PuRpLe~
Saturday, 28 April 2012
APABILA ROH KELUAR DARI JASAD

Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu r...oh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau \ menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.
4 ciri wanita idaman lelaki
Apakah ciri wanita idaman lelaki? Satu persoalan yang sering berlegar-legar di setiap fikiran seorang yang bergelar wanita. Sebenarnya ia agak sukar untuk dinyatakan kerana kriteria atau ciri-ciri yang sebenar terletak kepada individu itu sendiri. Apa yang dinyatakan di dalam artikel ini adalah suara majoriti kebanyakan lelaki. Ia bukanlah seratus peratus tepat dan masih bergantung terhadap pendirian masing-masing. Kebiasaannya, seorang lelaki tidak terlalu cerewet dalam memilih pasangan.Tidak materialistik:
Walau sekaya manapun seseorang lelaki itu, tidak kira samaada mereka jutawan, hartawan dan sebagainya, suara majoriti menyatakan mereka tidak suka wanita yang materialistik. Seorang wanita yang meletakkan perhubungan atas dasar ini kebiasaannya tidak akan setia. Kesetian mereka terletak pada nilai wang ringgit. Semakin kaya lelaki itu semakin setialah wanita tersebut. Jika mereka telah jatuh muflis atau sebagainya, mungkin kesetiaan yang selama ini diberikan akan beralih arah.
Pandai memasak:
Pasti wanita merasakan ciri ini adalah fahaman kuno yang tidak sesuai dengan peredaran masa terkini. Mungkin mereka silap, majoriti lelaki menyatakan bahawa ciri wanita idaman mereka adalah yang pandai memasak. Hampir 90% lelaki bersetuju dengan ciri ini, mungkin wanita sahaja yang terlepas pandang. Sememangnya pendapat dahulu yang menyatakan kasih sayang seorang isteri terletak pada masakannya adalah sangat tepat dan ia pasti tidak akan berubah sama sekali sepanjang zaman.
Bersederhana:
Seorang lelaki memang gemar untuk melihat wanita yang suka berlebih-lebihan, tetapi untuk perhubungan yang lebih serius, mereka lebih cenderung untuk memilih wanita yang bersederhana. Ini menunjukkan bahawa wanita yang berlebih-lebihan membawa perspektif negatif terhadap diri mereka sendiri. Lelaki lebih suka mempergunakan wanita seperti ini untuk kepuasan diri sendiri berbanding menganggap mereka sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul. Pendapat ini bukanlah rekaan tetapi adalah suara majoriti daripada lelaki.
Setia:
Walaupun lelaki tersebut seorang yang playboy, tetapi ciri wanita idaman mereka pasti seorang yang setia. Ia agak pelik bukan? tetapi ia sememangnya realiti. Berkemungkinan disebabkan keegoan seorang lelaki itu yang tidak suka dirinya untuk rasa ditipu. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya 15% sahaja lelaki menerima kembali pasangan mereka yang telah menipu, dan sebahagian lain telah menolaknya. Ini menunjukkan betapa seriusnya keegoan seorang lelaki.
Thursday, 26 April 2012
Assallammualikum...
mat pg semua...hari nie Cik Purple kurang sihat sikit..jd tak ada mode dan idea rasanya nak tulis apa..tapi semalam cik purple gembira sangat2 sbb Cik Purple dapat anak buah baru..cpme sangat2 baby boy nie...
haa..ini lah anak buah Cik purple yang comel loteh...yang cik purple tgu2 kelahiranya semalam..(25042012)
tapi tangan nya agak pucat sebab baby nie dah terlalu lama kat perut ibunya..cian..tak per antie cayang baby..Hehehe....nama baby nie x pilih lagi...herm..nanti dah ada nama Cik purple bg tahu yer...Jumpa lagi semua...
haa..ini lah anak buah Cik purple yang comel loteh...yang cik purple tgu2 kelahiranya semalam..(25042012)
tapi tangan nya agak pucat sebab baby nie dah terlalu lama kat perut ibunya..cian..tak per antie cayang baby..Hehehe....nama baby nie x pilih lagi...herm..nanti dah ada nama Cik purple bg tahu yer...Jumpa lagi semua...
Monday, 23 April 2012
Assallammualaikum dan selamat pagi semua....
Hari nie Cik Purple terasa rindu sangat kat seseorang....tapi Cik Purple harus tabahkan hati melalui semua ujian ini..mcm orang selalu padah "CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI" jadi Cik Purple harus kuatkan semangat..cukuplah sekadar melihat dia bahagia..kerana itu juga telah membahagiakan Cik Purple..:)
Hurmm tetiba pula air mata Cik Purple jatuh bila dengar lagu "HATIKU MILIKMU" nyanyian Nera..sbb lagu tok banyak berik kenangan Cik Purple dengan MR Hubby Chubby..Sob..sob..sob... terlalu banyak kenangan Cik Purple dengan nya...
"Ya Allah, kuat kan lah semangatku untuk menempuh kehidupan ini...sesungguhnya aku benar2 merinduinya..cintaku terhadapnya terlalu mendalam..."
Hurmm tetiba pula air mata Cik Purple jatuh bila dengar lagu "HATIKU MILIKMU" nyanyian Nera..sbb lagu tok banyak berik kenangan Cik Purple dengan MR Hubby Chubby..Sob..sob..sob... terlalu banyak kenangan Cik Purple dengan nya...
"Ya Allah, kuat kan lah semangatku untuk menempuh kehidupan ini...sesungguhnya aku benar2 merinduinya..cintaku terhadapnya terlalu mendalam..."
Friday, 20 April 2012
KEBAIKAN AIR MATA
1. Membantu penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam mengawal sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.
5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis mengurangi stres? Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dalam masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega
** Perkara sunat dilakukan pada hari Jumaat **
Perkara sunat dilakukan pada hari Jumaat
1. Mandi
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca
serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal
soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya
ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah
s.a.w selaras dengan sabda baginda yang bermaksud, "Apabila datang
kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim).
2. Menghias diri,memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian.
Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita
disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak
dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian. Sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling
baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk
menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat
seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar
sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan
menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara
Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-
Hakim)
Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat
sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pakailah pakaian
kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang
paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di
kalangan kamu dengannya."
3. Memotong kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud, "Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,
mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan
menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa
terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi
beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah
tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita
tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.
4. Membaca Surah al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat. Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi
pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-
dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah
al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di
antaranya dan Baitul `Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi)
5. Memperbanyak doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai
musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan
dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat
mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk
menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.
Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari
Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara
hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang
bermaksud, "Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk
sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).
6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang
bermaksud, "Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat.
Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya
selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."
3 kesalahan sering wanita lakukan apabila lelaki menipu
Terlalu melakukan siasatan:
Apabila menyebut mengenai penipuan, ia lebih sinonim dengan nama lelaki. Fakta ini sememangnya tidak dapat dinafikan kerana sememangnya peratus lelaki menipu adalah lebih tinggi daripada wanita. Tetapi, ingin diingatkan bahawa bukan semua lelaki jenis suka yang menipu dan bukan semua lelaki mempunyai sikap yang sama. Ia terpulang kepada individu itu sendiri.
Kesalahan pertama yang wanita lakukan apabila merasakan pasangan lelaki mereka menipu adalah terlalu obses untuk melakukan siasatan. Anda sepatutnya tidak perlu terlalu paranaoid untuk melakukannya kerana anda hanya kelihatan seperti orang gila. Adalah lebih baik anda bertenang kerana kebenaran pasti akan menjadi milik anda.
Menyalahkan wanita lain:
Apabila pasangan lelaki anda menipu, anda tidak perlu untuk menyalahkan wanita lain. Orang yang patut dipersalahkan adalah pasangan anda sendiri. Penipuan tidak akan berlaku sekiranya pasangan bersikap jujur terhadap anda.
Mudah menerima pujukan:
Ini juga merupakan salah satu faktor mengapa anda ditipu berkali-kali. Penipuan adalah merupakan satu sikap atau tabiat yang sukar untuk dibuang. Sekiranya anda dengan begitu mudah untuk menerima pujukan, pasti pengorbanan yang anda lakukan langsung tidak akan dihargai.
P/s: ppsssttt…. kepada lelaki yang suka sangat menipu tu, sudah-sudah la ok. Jangan jadikan penipuan satu tabiat kerana ia akan menjadi kebiasaan dalam kehidupan anda. Segala penipuan pasti akan terbongkar :)
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)




